User:RahanumHasan/sandbox

From Wikipedia, the free encyclopedia

Template:Example Template Name (edit | talk | history | links | watch | logs)[edit]

Temporary semi-protection: High level of IP vandalism. RahanumHasan (talk) 03:50, 28 February 2014 (UTC)

Ministry of Education Malaysia
Malay: Kementerian Pelajaran Malaysia
Ministry overview
Formed1956
JurisdictionMalaysia
HeadquartersPutrajaya, Malaysia
Minister responsible
Child agencies
  • Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Institut Terjemahan Negara Malaysia
  • Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
  • Majlis Peperiksaan Malaysia
  • Lembaga Peperiksaan Malaysia
Websitewww.moe.gov.my

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025[edit]

Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran yang getir dalam usaha menyediakan sistem pendidikan berkualiti. Perkembangan sosiobudaya yang sihat dan pembangunan ekonomi mapan bergantung pada keupayaan menambah baik keberhasilan sistem pendidikan negara dengan cepat dan berkesan, serta signifikan kepada keperluan negara.

Rakyat Malaysia juga menuntut supaya pelaksanaan inisiatif yang dirancang oleh Kerajaan adalah tekal, berkesan dan berjaya memenuhi hasrat semua pihak. Oleh yang demikian, adalah penting untuk mewujudkan kerjasama antara pihak berkepentingan melibatkan murid, guru, pemimpin sekolah, pegawai Kementerian serta pihak awam untuk menghadapi cabaran ini dengan pendekatan dan strategi baharu yang lebih kreatif dan inovatif.

Berdasarkan penyelidikan dan penilaian yang mendalam dan menyeluruh terhadap sistem pendidikan semasa di Malaysia, pelibatan awam, dan rundingan dengan pelbagai kumpulan berkepentingan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menghasilkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan. Pelan ini berhasrat merintis peluang yang lebih luas ke arah keberhasilan rakyat yang berpendidikan tinggi dan berdaya saing.

Sesi Penuntut Pengajian Tinggi

Pendidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Untuk itu, proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan penentu utama kejayaan masa depan negara. Dalam ekonomi global masa kini, kejayaan sesebuah negara bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Maka tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara.

Pendidikan juga merupakan asas membentukan negara bangsa yang bersatu padu. Melalui pendidikan, individu berpeluang meningkatkan kualiti hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya, serta aktif menyumbang kepada pembangunan negara [1].

Objektif[edit]

  1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem;
  2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025; dan
  3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam [1].

Intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025[edit]

  • Kementerian Pendidikan berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.
  • Meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dalam tempoh 15 tahun akan datang.
  • Merapatkan jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50 peratus menjelang 2020.
  • Menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuh lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.
  • Memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.
  • Mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia dan setiap anjakan perlu memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kcekapan.
  • Melanjutkan pendidikan wajib daripada enam tahun kepada 11 tahun bermula pada umur enam tahun dengan disokong program pengekalan yang disasarkan.
  • Melancar Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada 2017 bagi mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah dan kepimpinan.
  • Standard pembelajaran yang jelas akan dirangka agar murid dan ibu bapa memahami kemajuan yang dijangkakan bagi setiap tahun persekolahan.
  • Merombak peperiksaan kebangsaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)[2] secara berperingkat dengan menjelang 2016, soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan merangkumi sekurang-kurangnya 40 peratus daripada soalan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada soalan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)[3].
  • Menjelang akhir 2013, kerjaya perkhidmatan kaunseling dan akademik akan dimasukkan ke dalam jadual waktu sekolah menengah untuk membantu pelajar membuat pilihan bermaklumat mengenai pelbagai laluan pendidikan yang ditawarkan.
  • Menjelang 2025, pelajar Orang Asli, kumpulan minoriti lain, serta murid kurang upaya fizikal dan pembelajaran akan disediakan sekolah yang mempunyai kemudahan dan peralatan lengkap bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
  • Mulai 2016, mata pelajaran Bahasa Inggeris akan dijadikan kertas wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Menjelang 2025, setiap pelajar digalakkan mempelajari bahasa tambahan supaya dapat membantu mereka menyertai tenaga kerja global.
  • Tumpuan menambah bilangan guru bahasa Cina, Tamil dan Arab bagi memastikan bilangan guru bahasa sepadan dengan keperluan pelajar, selain memperkenalkan bahasa penting lain seperti bahasa Sepanyol, Perancis dan Jepun.
  • Mulai 2013, syarat kelayakan kemasukan guru ditingkatkan supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas.
  • Mulai 2013, guru akan menikmati pengurangan beban tugas pentadbiran supaya boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka kepada fungsi teras pengajaran, dengan sesetengah tugas pentadbiran akan diserahkan kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru pentadbiran yang khusus di peringkat sekolah.
  • Mulai 2015, semua sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas bermula dengan Sabah dan Sarawak.
  • Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berpotensi sebagai penaja.
  • Kementerian Pendidikan akan menerbitkan laporan tahunan tentang perkembangan setiap inisiatif yang direncanakan dalam pelan ini.
  • Kementerian Pendidikan akan membuat semakan berkala tentang pencapaian utama sepanjang pelaksanaan pelan ini pada 2015, 2020 dan 2025[4].

Rujukan[edit]