User talk:Fsjaya

Page contents not supported in other languages.
From Wikipedia, the free encyclopedia

Felda Bukit Serampang[edit]

Felda Bukit Serampang atau lebih dikenali dengan nama Kampung Felda Sri Jaya asalnya merupakan sebuah Tanah Rancangan Felda dan mula diiktiraf sebagai kampung pada tahun 2000.

Kampung Felda Sri Jaya, Bukit Serampang asalnya merupakan Tanah Rancangan Felda dengan nama Felda Bukit Serampang. Peringkat Pertama yang awalnya dibuka ialah pada 20 Januari 1960 dengan seramai 119 orang peneroka. Peringkat Kedua dibuka pada 12 April 1963 dengan seramai 115 orang peneroka. Pada 3 Ogos 1964 Peringkat Ketiga pula dibuka dengan kehadiran seramai 137 orang peneroka dan akhirnya pada 19 Februari 1972 Peringkat Keempat dibuka dengan seramai 37 orang peneroka yang datang. Sehingga kini seramai 408 buah rumah peneroka terdapat di kampung ini.

Mulai tahun 2000, satu lipatan sejarah baru dicipta apabila Felda Bukit Serampang telah diiktiraf menjadi sebuah perkampungan oleh Kerajaan Johor dengan namanya Kg. Felda Sri Jaya dengan Allahyarham Tuan Haji Bakri Mohamad dilantik sebagai Ketua Kampung yang pertama.

Kenapa Dinamakan Felda Bukit Serampang?[edit]

Nama asal Kg. Felda Sri Jaya ialah Felda Bukit Serampang. Menurut cerita orang dahulu, nama ini diambil sempena keadaan alam semulajadi kawasan sekitar. Di kawasan ini terdapat sebuah bukit yang di atasnya terdapat sebilah serampang. Seterusnya mereka menjumpai tiga bukit lagi yang menunjukkan seolah-olah seperti mata serampang. Maka mereka telah sepakat menamakan kawasan ini Felda Bukit Serampang.

Namun begitu sekitar tahun 70-an dengan perbincangan beberapa orang peneroka asal Felda ini dengan Pengurus Rancangan pada masa itu iaitu Allahyarham En Musa, maka nama Felda ini ditukar menjadi Felda Sri Jaya.

[edit]

Huruf F berwarna Oren bermaksud FELDA yang merupakan asas pembentukan kampung

SJ bermaksud Sri Jaya dan juga membawa maksud kepada motto kampung iaitu Sepakat Menuju Jaya

Segitiga melambangkan cita-cita yang tinggi ke arah kemakmuran, kebahagiaan dan kecemerlangan kampung.

Warna Hijau melambangkan pertanian iaitu getah dan kelapa sawit sebagai sumber ekonomi kampung.

Warna Biru pada segitiga melambangkan perpaduan, kesepakatan dan kerjasama dalam menuju cita-cita dan harapan.

Warna Putih pada dalam segitiga melambangkan keikhlasan dan kesucian pimpinan dan ahli masyarakat.

Motto[edit]

Sepakat Menuju Jaya

Hello, and welcome to Wikipedia. A tag has been placed on User:Fsjaya requesting that it be speedily deleted from Wikipedia. This has been done under section U5 of the criteria for speedy deletion, because the page appears to consist of writings, information, discussions, or activities not closely related to Wikipedia's goals. Please note that Wikipedia is not a free web hosting service. Under the criteria for speedy deletion, such pages may be deleted at any time.

If you think this page should not be deleted for this reason, you may contest the nomination by visiting the page and clicking the button labelled "Contest this speedy deletion". This will give you the opportunity to explain why you believe the page should not be deleted. However, be aware that once a page is tagged for speedy deletion, it may be deleted without delay. Please do not remove the speedy deletion tag from the page yourself, but do not hesitate to add information in line with Wikipedia's policies and guidelines. If the page is deleted, and you wish to retrieve the deleted material for future reference or improvement, then please contact the deleting administrator, or if you have already done so, you can place a request here. Veracious ^(•‿•)^ 10:33, 8 June 2023 (UTC)[reply]